Aku bukanlah anak yg terpaling pandai dan aku bukanlah seorang pelajar sentiasa disanjung oleh cikgu2. Aku bukanlah seorang pelajar yg sentiasa cemerlang dalam akademik. Masa lepas PMR dulu aku malu bila org tanya "dapat berapa a?". Ya Allah... Rasa nak menangis dengar soalan mcmtu. Sungguh aku sangat "down". Masuk tingkatan 4 dapat pulak kelas sains. Aku pon tak tahu la macam mana bole dapat kelas tu. Kalau nk diikutkan keputusan PMR mmg tak layak langsung. Tapi mungkin sebab dah ramai budak2 pandai dah pindah ke sekolah yg lebih bagus. Baru ujian bulanan 1 markah entah pape. Habis semua subjek sains dapat 20/100 termasuklah matematik tambahan. Baru ujian bulanan 1 dah macamtu. Kalau akhir tahun? Aku cuba mohon sekolah teknik tapi tak dapat. Agak kecewa. Tapi aku tak putus asa buat rayuan. Alhamdulillah berkat sokongan dan doa keluarga, akhirnya aku diterima di SMT Azizah, JB, aliran fesyen.
Masa mula2 masuk mmg seram. PMR kawan2 semua bagus2. Sedangkan aku? Aku bukan pelajar yg sentiasa disebut-sebut oleh guru2. Dan aku bukan pelajar yg ditarget pelajar cemerlang SPM. SPM semakin hampir dan alhamdulillah prasaan gemuruh berjaya diatasi. Aku memang tak sangka semua ni akan terjadi. Ramai ahli kluarga aku yg iring aku masa ambil keputusan SPM. Tak pernah2 aku diiring seramai ni. Sungguh aku tak tahu apa prasaan aku saat aku melihat sehelai kertas yg tertulis keputusan SPM aku. Aku melihat wajah kegembiraan mama serta airmata kegembiraannya yg bergenang. Aku melihat wajah kegembiraan abah. Aku melihat wajah kegembiraan kakak2 dan abang2 ku. Dan aku rasa itulah saat yg paling berharga dalam hidup aku. Semua kerana berkat doa mama abah n restu mereka.
Sehingga hari ini aku tak percaya yg aku telah menjadi salah seorang pelajar cemerlang SPM'10 SMTA dan juga telah menjadi pelajar lonjakan saujana SPM'10. Semoga smua ini menjadi inspirasi untuk pelajar2 yg menduduki SPM. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Yang penting jaga hubungan dengan ALLAH, usaha, doa dan juga restu ibubapa n guru2. Wallahua'lam.


0 000 org doa kbahagiaan cida:
Post a Comment