Kisah-kisah pelik, tapi mungkin benar untuk dikongsikan dengan kawan-kawan semua. Harap baca dengan tenang supaya mudah menghayati jalan ceritanya.
Mula kisahnya begini:
Suami : Kenapa Sayang menangis?Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku akaun bank abang le..
============ ========= ========= =======
Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya ok.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........
============ ========= ========= ========= =
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
Posmen: "Assalamualaikum"En. Sameon: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni"
En. Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?!!"
Posmen: "Betul jugak yer!???"
============ ========= ========= ========= =
Seorang lelaki tua pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
Lelaki tua :"Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"Doktor :"Ohhh sudah tentu," jawab doktor.
Lelaki tua :"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
============ ========= ========= ========= ==
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ye!!
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.
Amin : Eh, kenapa pula encik menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
============ ========= ========= ========= ==
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam peti surat yg berwarna merah tu.
Cucu :"Atok buat apa tu?".Atok :"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawab atoknya.
Cucu :"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
============ ========= ========= ========= =

0 000 org doa kbahagiaan cida:
Post a Comment